Tentang Saya

My photo
SK Kampung Raja, Cameron Highlands.Telah berkhidmat selama 8 thn. Tapak bermula di SK (LKTP) Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh selama 2 tahun kemudian ke SK Terisu, Cameron Highlands selama 5 tahun dan SK Kampung Raja bermula tahun 2011. Mendapat pengetahuan pedagogi perguruan di Maktab Perguruan Islam, Bangi. Kini meneruskan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).

Hebatnya Kita

12 December 2011

Mikro Pengajaran

Ini adalah hasil pengajaran mikro bagi murid Tahun 5 Siddiq dengan tajuk mencari luas gabungan dua bentuk :

Formula pengiraan luas

Pengiraan luas bagi tahap 2 pada asasnya berlaku pada bentuk-bentuk yang  berikut :
  •    Segiempat Sama
  •    Segiempat tepat
  •    Segitiga
  •    Gabungan bentuk di atas
Mari kita lihat bagaimana pengiraan luas bagi bentuk-bentuk tersebut :

Luas Segiempat
Sama Sisi  
Luas Segiempat Tepat  










Luas Segitiga 











Luas Segitiga Kaki Sama










Luas gabungan Segiempat Tepat dan Segiempat Sama  









Luas gabungan segiempat Tepat dan Segitiga   

Luas

Dalam istilah Matematik `luas` adalah salah satu unit sukatan yang dipelajari oleh murid Tahap 2 sekolah rendah. Unit ini digunakan untuk mengukur satu kawasan bentuk geometri seperti segiempat sama, segi empat tepat dan segitiga. Sebelum mengetahui cara pengiraan luas, kita kenal pasti dahulu bagaimana luas itu terjadi.

Contoh 1 yang ukuran 1 kotak hanya 1cm sahaja
Contoh 2, ukuran 1 kotak bersamaan 2cm

RUMUSAN MENCARI LUAS BENTUK

10 December 2011

Video Makro Pengajaran

Video ini telah disusun mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan di dalam RPH.














Mengira Perimeter

Contoh pengiraan untuk bentuk yang tidak digabungkan :


Contoh pengiraan perimeter untuk bentuk yang digabungkan :

Perimeter

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan) . Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang – ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan.( Ruj: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perimeter)

 Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Perimeter di dalam istilah Matematik didefinisikan sebagai ukuran keliling atau sempadan sesebuah kawasan atau bentuk yang tertutup.


Gambaran konsep Perimeter melalui rajah di sebelah :  












Apa akan berlaku jika bentuk digabungkan ? Lihat cara pengiraannya....

09 December 2011

Makro Pengajaran

Makro pengajaran tajuk ciri-ciri bentuk 3 Dimensi Tahun 3. Ini adalah contoh RPH yang telah disediakan.


Ini adalah gambaran sebahagian slide powerpoint yang digunakan untuk pengajaran topik ini...boleh di DOWNLOAD DI>>>CIRI-CIRI 3D

Di dalam slide powerpoint ini juga terdapat satu web untuk permainan secara online...boleh di cuba di >>>PERMAINAN ONLINE

08 December 2011

Menyanyi jap la....

Ini persembahan murid kelas saya sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun ni....merangkap murid yang terlibat dengan makro pengajaran...tapi nyanyian yang mula-mula tu.....tak terakam la pulak....


Hanya sebagai halwa telinga sahaja.....

Bentangan 3 Dimensi

Bentangan adalah salah satu sub topik dalam Matematik Tahun 3. Murid mestilah mengetahui bentuk yang ditunjukkan daripada bentangan nya. Padaa tajuk ini, saya telah menyediakan bentangan dan meminta murid mewarna dan cuba mencantumkan semula bentangan tersebut untuk mengetahui bentuk apa yang akan terbentuk. Ini rakaman sebahagian aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Jika rakan-rakan guru beminat untuk mendapatkan bentangan yang saya gunakan seperti di dalam video.. download di sini >>>BENTANGAN 3D
Inilah hasilnya yang telah saya tampal di dalam kelas sebagai menghargai murid-murid yang menjalankan aktiviti ini....

07 December 2011

Contoh RPH KSSR

Melihat kepada RPH yang dipaparkan, bolehlah dijadikan panduan pengajaran nanti. Ini hanyalah sebagai contoh hasil daripada bengkel KSSR Tahun 2. Ini adalah pembelajaran pada peringkat aplikasi di mana murid boleh menggabungkan bentuk membentuk satu objek lain yang bermakna.
Dokumen boleh di download di bawah...KLIK PADA ....RPH bentuk 3D


06 December 2011

Mengenal bentuk 3D

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengenalkan bentuk-bentuk 3 dimensi kepada murid. Antaranya seperti :
  • lagu bongkah dan boleh di download di sini..... LAGU BONGKAH
  •   memperkenalkan murid dengan bongkah maujud yang boleh dipegang oleh murid iaitu :
  1. Kubus
  2. Kuboid
  3. Silinder
  4. Piramid
  5. Kon
  6. Sfera
  • Permainan seperti `puzzle` , mencantum papan kadbod , dan sebagainya.

Bentuk 3 Dimensi




Bentuk 3 dimensi dikategorikan dengan benda-benda maujud atau objek yang boleh dipegang dan di sentuh. Bentuk-bentuk ini ada di sekeliling kita. Lihat pasangan bentuk di bawah : 


Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang berada di sekeliling kita tentang bentuk-bentuk 3 dimensi.

SELAMAT MENGENALI BENTUK 3 DIMENSI PULA SELEPAS INI

05 December 2011

Permainan Simetri

Permainan ini boleh dimainkan secara online , walaupun ia di dalam Bahasa Inggeris, sangat menarik dan berpengetahuan tentang garis simetri kerana terdapat juga di ceritakan tentang bentuk dan cara mendapatkan simetri.. tekan di >>>>..GARIS SIMETRI

Penerangan mengenai ciri-ciri bentuk dan menunjukkan bilangan paksi simetri dengan menekan butang `FOLD`


Permainan boleh dimainkan dengan menekan butang `X` untuk meninggalkan aplikasi di atas. Apabila jawapan anda salah atau kurang tepat boleh rujuk semula dengan menekan butang `SHAPE FACTS`.
SELAMAT MENCUBA!!!

Simetri bentuk 2D

Ini adalah hasil yang dilukis oleh anak murid. sebelum sesi pengajaran saya telah menunjukkan cara mendapatkan simetri sesuatu bentuk dengan teknik lipatan.....Apabila aktiviti berkumpulan dilakukan, murid-murid saya telah melukis simetri dengan bentuk yang telah disediakan untuk mereka. Ini lah hasilnya yang telah ditampal di dalam kelas.....


Murid-murid melakukan lipatan terlebih dahulu sebekum garisan putusputus tersebut dilukis. Bimbingan guru amat penting untuk mengelakkan daripada kesilapan mencari simetri.

27 November 2011

Simetri not cemetry....

Simetri boleh dikatakan sebagai keseimbangan sesuatu bentuk di mana keseimbangan bentuk atau lukisan ini akan memberikan gambaran yang sempurna dan indah. Boleh lah di ibarat kata, manusia memerlukan dua kaki untuk berdiri tegak , kereta memerlukan empat tayar untuk bergerak, rama-rama memerlukan dua sayap untuk terbang dan sebagainya.....


Telah menjadi salah satu subtopik dalam Matematik untuk murid mengenal apa dan bagaimana simetri itu terbentuk....Pelbagai kaedah digunakan oleh guru untuk memperkenalkan simetri kepada murid. Salah satu yang sering digunakan ialah melipat kertas...... kita akan belajar cara melipat kertas untuk mendapatkan simetri betuk 2 dimensi...

Lawak SIMETRI




 Cikgu: Ok klas.... ari ni cikgu nak terangkan 1 topik yg cikgu rasa ramai yg dah lupa... dlm exam nnt ada 1 soalan keluar ttg topik ni... jd cikgu nak kamu sume dengar baik2 penerangan ckgu tentang PAKSI SIMETRI...( Cikgu bocor soalan daa...)

Cikgu: Sblum cikgu trangkan... ada x saper2 tau apa yg dimaksudkan ngan paksi simetri..?

Murid: ?????? Blurrr...

Cikgu: xpelah.. biar cikgu terangkan... simetri ialah sama bentuk dan sama ukurannya (bkn sesuatu yg dibahagi dua); kedua-dua bahagiannya sama; setangkup... paksi semetri pula membawa maksud... garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk;... atau ngan kata lainn... garis khayalan yg terdapat pada rajah geometri yg simetri.... bla..bla..bla... 
(saya pun melukis le di papan tulis menunjukkan contoh2 yg sesuai...)

Cikgu: Setakat ini cikgu harap sumenyer paham.... ade ape2 soalan...?

Wakil murid: Cikgu... CEMETRY TU KAN KE KUBUR???...

Cikgu: dalam hati... (ada yg nak kena tanam idup2 kang ni...) :)

(BUKAN IDEA ASAL....DIPETIK DARI SATU BLOG LAIN KETIKA MENCARI BAHAN)

10 November 2011

Bahan PnP Ciri-Ciri Bentuk...

Pada peringkat sebelum ini, kita mengenal nama dan bentuk 2 dimensi. Pada kali ini, bersama kita mengenal ciri-ciri bentuk 2 dimensi yang merangkumi bentu-bentuk seperti berikut :
  • Segiempat sama
  • Segiempat tepat
  • Pentagon
  • Heksagon
  • Heptagon
  • Oktagon
  • Bulatan

Jika berminat, boleh la download di sini ...... ciri-ciri bentuk 2 dimensi
 
Dipaparkan juga hasil kerja kumpulan murid saya yang dilekatkan di kelas sebagai sudut Matematik....

27 October 2011

Apa ada pada bentuk ?

Setiap bentuk ada ciri-cirinya....nanti kita akan pelajari bentuk dan ciri-cirinya pula....tunggu ....masih dalam proses pembuatan.....akan datang pada anda...ciri-ciri bentuk 2 dimensi

20 October 2011

Mari bermain

Permainan ini menguji anda untuk menyusun bentuk-bentuk yang diberikan ke dalam ruang yang disediakan.
Permainan ini ada had masanya, `level` dan bilangan bentuk akan meningkat jika anda boleh menyusun bentuk-bentuk tersebut dengan betul . Lihat contoh permainan di bawah yang telah saya mainkan......

Jika anda berminat untuk meneruskan permainan ini boleh la layari di  http://www.gameskeren.com/main/memadankan+bentuk/vessel.html

Lagi tentang bentuk...

Jika anda berminat...boleh la dijadikan bahan untuk pengajaran...cuma ia di dalam B. Inggeris la.....


 Antara hasil bahan untuk sudut Matematik di dalam kelas saya.....Aktiviti ini boleh la di jalankan di dalam kelas jika berminat iaitu `puzzle` yang mana melekatkan semula keratan membentuk satu bentuk 2 dimensi yang dijalankan secara berkumpulan....






15 October 2011

Bentuk...

Bentuk terbahagi kepada 2 jenis iaitu
a) Bentuk 2 dimensi
b) Bentuk 3 dimensi
Bentuk-bentuk ini dapat  dilihat di sekeliling kita. Mari bersama kita mengenal bentuk-bentuk 2 dimensi dahulu..

12 October 2011

Salam Perkenalan...

Salam perkenalan buat semua yang melawati blog ini.
              Di sini, kita akan lebih mengenali bentuk yang menjadi salah satu tajuk dalam matapelajaran Matematik sama ada di Tahap 1 atau Tahap 2.
             Sebagaimana yang diketahui, bentuk-bentuk ini berada di sekeliling kita. Bersamalah kita berkongsi pendapat, pandangan dan kemahiran.

SELAMAT DATANG SEMUA

Siapa Kita

Rakan-rakan Lain